MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DEWAN BANDAR RAYA PERLEKEH PEMIMPIN  PEMBANGKANG

(Terjemahan dari tajuk: Dewan Bandaraya Ignores Opposition MPs)

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur  perlekehkan ahli  parlimen parti pembangkang, terutama sekali kalau ia membabitkan masalah penduduknya.  Dewan itu mahu menutup sebahagian jalan Bukit Bintang dan menukar-taraf kepada 'mall' pejalan kaki yang diberi-nama 'The Bintang Walk'. Satu mesyuarat telah direncana oleh pihak Bandaraya, tetapi pengarah bahagian pengangkutan bandar, Encik Raymond Chew telah membantah kehadiran Ahli Parlimen Bukit Bintang dan juga Ahli Parlimen Ceras. Kedua-dua  ahli parlimen ini adalah daripada DAP dan telah hadir di atas jemputan kira 50 pemimpin perniagaan dan masyarakat yang dipelawa oleh Bandaraya untuk perbincangan itu.  Encik Chew mahukan kedua-dua ahli parlimen berkenaan  meninggalkan majlis itu.

Semalam akhbar The Sun (16 Mei 2000) telah melapurkan betapa semua pemimpin peniaga yang ada telah membuat pengundian agar kedua-dua wakil rakyat itu terus berada di majlis itu. Encik Chew yang memang diketahui sebagai seorang yang mudah panas baran telah membantutkan sidang mesyuarat itu dan terus begegas keluar dari situ. Sebelum itu beliau telah meminta agar semua ahli yang hadir itu menulis segala masalah yang mereka hadapi. Dia tidak mahu membuat sebarang tindakan  yang menyimpang daripada dasar yang rasmi.

Datuk Bandaraya mesti memberi penjelasan kenapakah wakil rakyat yang dilantik dengan sah disisihkan daripada pelbagai isu yang bersangkutan dengan tugas mereka. Malahan,  apabila Dewan Bandaraya berlagak seolah-olah mereka tidak mempunyai tanggungjawab terhadap sesiapa, apakah hukumnya yang membolehkan kedua-dua ahli parlimen itu disekat, terutama sekali apabila mereka dijemput hadir oleh masyarakat yang mahukan mereka diwakili?  Mungkinkah  tindakan yang serupa  diperlakukan kepada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional. Apa pula pendapat Datok Bandar akan peranan para MP (Ahli Parlimen) di majlis tempatan di mana keahliannya dibuat secara  dilantik dan tidak dikenali oleh  masyarakat umum yang tidak pun berupaya  mendapatkan khidmat mereka? Kalulah Encik Raymond Chew telah terlanjur dalam menggunakan kuasanya, sudah sampai masanya untuk beliau meminta maaf kepada warga ibukota dan juga kepada kedua-dua ahli parlimen itu.

Saya harap kedua-dua ahli parlimen itu akan bertenang. Sebagai wakil  yang dipilih oleh rakyat (termasuk  saya yang menghuni kawasan parlimen Bukit Bintang), mereka mempunyai hak untuk hadir kali itu. Mereka berhak hadir tanpa perlunya menyatakan hasrat mereka. Mereka harus menuntut satu kemaafan dan juga penjelasan 'tunjuk sebab'. Ini bukannya masa untuk  berlembut lagi. Kerja-kerja menggambar-gemburkan konsep ketelusan dalam perkhidmatan memerlukan  perhatian semua pihak. Dewan Bandaraya sepatutnya berunding dulu dengan wakil rakyat yang berkenaan. Tetapi, Dewan Bandaraya lebih suka buat kerja secara sulit dan saya selalu tidak faham akan aktiviti majlis munisipal ini. Kalua tidak percya cubalah kemukakan satu komplen atau  perdapatkan satu penjelasan daripada Bandaraya.   Slogan perkhidmatan cemerlang akan pupus dengan tindakan mereka selanjutnya.  Memang jelas, Dato' Bandar mesti campurtangan dalam hal ini dan hulurkan kemaafan kepada kedua-dua wakil rakyat itu.  Kalu inilah caranya majlis bandaran menganggap para wakil rakyat seperti kedua-dua MP itu, kewibawaan Dato Bandar dalam tugasnya yang amat luas itu sudah pasti merupakan sesuatu yang tidak relevan lagi. Perkara semacam ini tentunya menjolok minda kita  akan kepentingan perwakilan berparlimen. Biarlah saya tidak bercerita akan hal itu, masakini.

Terjemahan Bebas
-MT-  18 Mei, 2000.

Catatan Penterjemah:  Pegawai Kerajaan seperti Raymond Chew sudah tidak relevan lagi. Beliau harus dibersarakan sahaja dengan serta merta. Pengaiban terhadap wakil rakyat adalah sama dengan sikap  kurang ajar pada rakyat.  -MT-

 counter.bloke.com